Kesantunan Berbahasa di Laman Sosial dalam Kalangan Pelajar Menengah Atas: Analisis Prinsip Kesopanan

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Kamarull Fahhmi Norazhar Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kesantunan berbahasa dapat diterjemahkan melalui pemilihan suatu perkataan yang baik dan cara menuturkan perkataan berkenaan dalam situasi tertentu berdasarkan tujuan, misalnya untuk menyapa, meminta, mengarah, atau mempengaruhi. Dengan mengaplikasikan Prinsip Kesopanan Leech (1993), kajian ini menganalisis kesantunan bahasa di laman media sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas. Instrumen kajian terdiri daripada laman media sosial seperti Whatsapp dan Facebook. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah borang soal selidik dan pemerhatian bagi memperoleh data kajian. Semasa menjalankan kajian lapangan, kaedah temu bual dan edaran borang soal selidik secara dalam talian turut dilakukan bagi mendapatkan data primer. Kajian ini melibatkan 60 pelajar lelaki dan perempuan menengah atas kesemuanya daripada SMK Senawang dan SMK Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan sebagai responden. Hasil kajian mendapati, dalam perbualan di laman sosial, pelajar menengah atas paling kerap menggunakan maksim santun iaitu sebanyak 33.13 %, maksim persetujuan sebanyak 24.23% dan maksim kerendahan hati sebanyak 42.64 %. Penggunaan strategi kesantunan berbahasa dalam sesuatu perbualan secara semuka atau maya, berdasarkan enam maksim (maksim simpati, maksim sokongan, maksim santun, maksim budiman, maksim kerendahan hati dan maksim persetujuan) yang dikemukakan Prinsip Kesopanan Leech (1993). Prinsip ini didapati membantu pengesanan strategi kesantunan berbahasa oleh penutur yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah atas.

Rujukan

Ahmad Maulidi. (2015). Kesantunan berbahasa pada media jejaring sosial Facebook. e- Jurnal Bahasantodea, 3(4), 42-29. http://jurnal.untad.ac.id/jurnal/index.php/Bahasantodea/article/download/6328/503 1
Agus Ari Iswara, Kadek Yogi Susana. (2019). Analisis kesantunan bahasa media sosial: komunikasi mahasiswa kepada dosen Stmik Stikom Indonesia. Jurnal Bahasa dan Budaya, 2(3), 10-29. https://doi.org/10.22225/kulturistik.3.2.1185
Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim, Noor Aida Mahmor. (2016). Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial. Proceeding of the International Conference on Government & Public Affair. Diakses daripada https://www.researchgate.net/profile/Ainal_Ahmad/publication/308897394 KESANTUNAN_BAHASA_SEMASA_BERKOMUNIKASI_DI_LAMAN_SOS IAL/links/57f5c7c60 8ae280dd0b8ed38.pdf
Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hendri Wakaimbang, Nurlaksana Eko Rusminto, & Siti Samhati. (2016). Kesantunan berbahasa dalam grup Facebook dan implikasinya terhadap pembelajaran bahasa Indonesia. Jurnal Kata (Bahasa, Sastra, dan Pembelajarannya), 4(3), 1-12. Dicapai pada 25 Oktober 2020, daripada http://jurnal.fkip.unila.ac.id/index.php/BINDO1/article/ view/11297
Holmes, J. and M. Marra. (2002). Having a laugh at work: how humour contributes to workplace culture. Journal of Pragmatic, 34(12), 1683-1710. Diakses daripada https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0378216602000322
Kalthum Ibrahim, & Nur Faezah Kamaruzaman. (2017). Kesantunan bahasa dalam rancangan bual bicara Meletop: satu kajian sosiolinguistik. Jurnal linguistik, 21(2), 060-068. http://www.myjurnal.my/public/ article-view.php?id=118296
Leech, G. (1993). Prinsip pragmatik. Terj. Azhar M. Simin. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2015). Media sosial: Tinjauan terhadap laman jaringan sosial dalam talian tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 12(2), 37-52. https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NzEzN A%3D %3D
Tuan Nurizan Raja Yunus. (2006). Komunikasi dan sastera. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 8(1), 109-124. Dicapai pada 24 September 2020, daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=612
Wan Siti Fatimatul Akmal W Hassan. (2019). Strategi dan panduan kesantunan bahasa menurut perspektif Islam. ISLÓMIYYÓT, 41(1), 117-124. Dicapai pada 24 Oktober 2020, daripada https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/view/33586/9587
Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama. 2011. Kesantunan bahasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 12(2), 321- 328. Dicapai pada 15 November 2020, daripada http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wpcontent/uploads/2014/08/7
Telah diterbitkan
2022-06-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Sultan, F., & Norazhar, K. (2022). Kesantunan Berbahasa di Laman Sosial dalam Kalangan Pelajar Menengah Atas: Analisis Prinsip Kesopanan. Jurnal Bahasa, 22(1), 129-148. doi:10.37052/jb22(1)no6