Representasi Identiti dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentang Pembendungan Penularan Wabak Covid-19
Abstrak
Ucapan yang disampaikan oleh pemimpin politik menggambarkan identiti. Identiti ini dapat ditunjukkan menerusi penggunaan kata ganti nama diri (KGND) pertama. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis KGND yang digunakan oleh pewacana dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghuraikan identiti yang dibina oleh pewacana dengan rakyatnya menerusi KGND dalam teks perutusan khas berkenaan. Sebanyak sembilan teks ucapan dimuat turun daripada laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri – https://www.pmo.gov.my/speech/ (dari bulan Mac 2020 hingga Februari 2021). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif diterapkan dengan teori analisis wacana kritis oleh Fairclough (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tiga jenis KGND yang digunakan, iaitu KGND "kita", "saya" dan "kerajaan". KGND "kita" mencatatkan kekerapan penggunaan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 284 kali (51.08%). KGND “saya” pula merekodkan penggunaan sebanyak 189 kali (33.99%), manakala KGND "kerajaan" digunakan sebanyak 83 kali (14.93%). Dominasi penggunaan KGND “kita” menunjukkan bahawa pewacana ingin membina identiti yang bersifat kekitaan. Secara jelas, penggunaan KGND "kita" oleh pewacana bertujuan untuk menunjukkan pertalian yang akrab dengan rakyatnya. Penggunaan KGND “kita” juga bertepatan dengan situasi yang dialami. Dalam hal ini, penggunaan KGND "kita" menunjukkan bahawa pewacana ingin rakyatnya terlibat bersama-sama dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Secara keseluruhan, dapatan analisis ini mampu mencerminkan lakuan sosial yang baik. Penggunaan KGND "kita" yang menggambarkan identiti kekitaan dapat dijadikan sebagai alat pembakar semangat solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan krisis kesihatan global.
Kata kunci: Covid-19, identiti, kata ganti nama diri, Perdana Menteri Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), teks perutusan khas
Rujukan
2. Amirah Ruzanah Abdullah, & Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2022). UMNO dan politik identiti pasca-PRU-14, 2018–2022. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1–14.
3. Anis Nadiah Che Abdul Rahman. (2024). The portrayal of women: A corpus analysis of the representation around the word “wanita” in the Malaysian Hansard corpus. GEMA Online Journal of Language Studies, 24(4),
4. 149–172. http://doi.org/10.17576/gema-2024-2404-09
5. Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir edisi kelima. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Asmah Haji Omar. (2015). Nahu kemas kini. Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Awang Sariyan (2007). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Castell, M. (2004). The power of identity. Blackwell Publishing.
9. Creswell, J. W. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approach. SAGE Publications.
10. Dayang Sariah Abang Suhai, Kesumawati Abu Bakar, & Norsimah Mat Awal. (2023). Kata ganti nama dan representasi identiti pewacana parlimen. KEMANUSIAN the Asian Journal of Humanities, 30(1), 124–148. https://doi.org/10.21315/kajh2023.30.1.7
11. Fairclough, N. (2013). Critical discourse analysis and critical policy studies. Critical Policy Studies, 7(2), 177–197. https://doi.org/10.1080/19460171.2013.798239
12. Fromkin, V., Rodman, R., & Hyams, N. (2013). An introduction to language. Cengage Learning.
13. Giddens, A. (2008). Sociology. Polity Press.
14. Gocheco, P. M. (2012). Pronominal choice: A reflection of culture and persuasion in Philippine political campaign discourse. Philippine ESL Journal, 8, 4–25.
15. Goddard, C. (1995). Who are we? The national semantics of pronoun. Language Sciences, 17, 99–121.
16. Hecht, M. L. (1993). A research odyssey: Toward the development of a communication theory of identity. Communication Monographs, 60(3),
76–82. https://doi.org/10.1080/03637759309376297
17. Idris Aman. (2006). Bahasa dan kepimpinan: Analisis wacana Mahathir Mohamad. Dewan Bahasa dan Pustaka.
18. Idris Aman. (2014). Manifesto pilihan raya dan prestasi parti politik utama Malaysia dalam pilihan raya umum ke-13: Suatu analisis linguistik. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(4), 65–82.
19. Indriaty Ismail. (2015). Asabiyah dan kepentingannya. Dalam Ahmad Sunawari Long (Penyunting), Falsafah Ibnu Khaldun (hlm. 101–110). Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
20. Kaewrungruang, K., & Yaoharee, O. (2018). The use of personal pronoun in political discourse: A case study of the final 2016 United States presidential election debate. Reflections, 25(1), 85–96.
21. Leavy, P. (2014). The Oxford handbook of qualitative research. Oxford University Press.
23. Lee, C. L. (2019). Classical Chinese pronouns: Pragmatic implications and politeness. Acta Linguistica Academica, 66(2), 271–288. https://doi.org/10.1556/2062.2019.66.2.7
24. Maslida Yusof. (2018). Trend ganti nama diri bahasa Melayu dalam konteks media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 36–50. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3402-03
25. Mohd Irwan Syazli Saidin, & Nadhrah Azrun. (2024). Digital media and religious sentiments in Malaysia: Critical discourse analysis of the Pan-Malaysian Islamic party and democratic action party cyberspace campaigns in the 15th General Election. Religions, 15(8), 920. https://doi.org/10.3390/rel15080920
26. Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar, Rozita Che Rodi, & Adlina Ab. Halim. (2022). Modaliti dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 30(4), 1635–1656. https://doi.org/10.47836/pjssh.30.4.09
27. Muhammad Faizul Abd Hamid, & Harishon Radzi. (2020). Struktur tema dalam manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum ke-14. Jurnal Linguistik, 24(1), 109–125.
28. Nazri Muslim, Mohd Mahadee Ismail, & Azizah Ya”acob. (2016). Persepsi belia terhadap etos bangsa: Kajian di Lembah Klang. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4(3), 23–39.
29. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
30. Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Mohd. Sanit, Zaharani Ahmad, & Harishon Mohd. Radzi. (2016). Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Journal of Language Studies, 16(1), 109–123.
31. Noriah Mohamed. (1998). Sosiolinguistik bahasa Melayu di Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
32. Pejabat Perdana Menteri (PMO). (2021). Dicapai pada 20 Mei 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ucapan/
33. Periasamy, M. (2020, Mac). Demokrasi terserlah dalam proses pelantikan Muhyidin. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/demokrasi-terserlah-dalam-proses-pelantikan-muhyiddin-232942
34. Rohaidah Haron, Madiawati Mamat @ Mustafa, & Maizira Abdul Majid. (2019). Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 386–407. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2019-3504-24
35. Romadlani, M. M. I. (2021). Personal pronouns in American presidential political discourse. Indonesian Journal of EFL and Linguistics, 6(1), 201. https://doi.org/10.21462/ijefl.v6i1.356
36. Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu, & Hashim Musa. (2014). Teori semangat kekitaan (assabiyah) Ibnu Khaldun dan pemartabatan bahasa Melayu di Malaysia. Mahawangsa, 1(2), 247–56.
37. Syofia Ulfah, Zamri Mahamad, & Jamaludin Badusah. (2015). Komunikasi interpersonal teori dan amali. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
38. Van Dijk, T. (2006). Discourse and manipulation. Discourse & Society, 17(3), 359–383.
39. Wetherell, M. (2010). The field of identity studies. The Sage Handbook of Identities.
40. Wong, C. H. (2020). Malaysia: Coronavirus, political coup and lockdown.
41. The Round Table, 109(3), 336–337. https://doi.org/10.1080/00358533.
2020.1758381
42. Zaid Ahmad. (2003). The epistemology of Ibn Khaldun. Routledge.

Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.