Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah

  • Kai-Chee Lam Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia http://orcid.org/0000-0001-9084-4765
  • Nur Khasrina Kahar Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
  • Hamidah Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
  • Hie-Ling Ting Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia. http://orcid.org/0000-0002-9018-4418

Abstrak

Kebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan. Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat menguasai bahasa lain yang lebih dominan. Kajian ini dilakukan untuk menyelidik penggunaan bahasa dalam kalangan etnik Melanau di Mukah, Sarawak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain keagamaan dan domain pendidikan, serta mengkaji trend penggunaan bahasa dalam generasi tua, dewasa dan muda masyarakat sasaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan menggunakan analisis domain oleh Fishman (1972) untuk menganalisis data. Responden terdiri daripada 120 orang Melanau multilingual yang menetap di Mukah. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melanau Mukah masih pilihan utama masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan. Peningkatan tahap kerasmian dalam domain keagamaan dan domain pendidikan menyebabkan peningkatan penggunaan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu, seterusnya meminggirkan bahasa Melanau Mukah. Walaupun kedudukan bahasa Melanau Mukah masih kukuh dalam masyarakat Melanau Mukah, keadaan ini mungkin berubah dalam beberapa generasi akan datang berikutan penggunaan dialek Melayu Sarawak yang makin meluas dalam kalangan responden. Penggunaan bahasa Melanau Mukah di rumah harus diteruskan untuk mengelakkan bahasa Melanau Mukah menjadi bahasa terancam. Kajian pada masa akan datang perlu mengaitkan penggunaan bahasa Melanau Mukah dengan sikap penutur, selain meneliti tahap kefasihan bahasa Melanau Mukah dalam kalangan golongan muda masyarakat Melanau Mukah.


Kata kunci: Analisis domain, Melanau, bahasa Melanau Mukah, penggunaan bahasa, trend merentasi generasi, bahasa etnik


 

Rujukan

1. Akhmad Mansur, Asbah Razali, Nurhamizah Hashim, Nurul Haniza Samsudin, & Nur Azimah Mohd Bukhari. (2024). Pemilihan dan penguasaan bahasa dalam kalangan masyarakat Bonggi. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 32(1), 29–49.

2. Berawati Renddan, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad, & Sharil Nizam Sha’ri. (2020). Domain dan bahasa pilihan tiga generasi etnik Bajau Sama Kota Belud. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 96–107.

3. Burhan Murshidi Baharon, Ernawita Atan, Sharil Nizam Sha’ri, & Sa’adiah Ma’alip. (2023). Pemilihan bahasa masyarakat orang asli Jahut di Jerantut, Pahang. Mahawangsa, 10(2), 67–82.

4. Chong, S. (2020). Asal-usul dan perubahan identiti kaum Melanau di Sarawak: Suatu hipotesis. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 4(1), 77–89.

5. Chong, S., Hendrikus Mangku, & Collins, J. T. (2018). Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim di Sarawak. GEMA Online ® Journal of Language Studies, 18(4), 61–80.

6. David, M. K. (2002). Methodological and Analytical Issues in Language Maintenance and Language Shift Studies. Frankfurt Am Main.

7. Dilah Tuah, Chong, S., Remmy Gedat, & Mohammed Azlan Mis. (2021). Pilihan bahasa dalam kalangan etnik minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: Satu penelitian awal. GEMA Online ® Journal of Language Studies, 21(2), 177–194.

8. Fishman, J. A. (1972). Domains and the relationship between mico and macrosociolinguistics. Dalam J. Gumperz & D. Hymes (Penyunting), Directions in sociolinguistics: The ethnography of communication (hlm. 435–453). Holt, Rinehart & Winston. https://dokumen.pub/qdownload/directions-in-sociolinguistics-the-ethnography-of-communication-9780030777455-0030777453.html

9. Fishman, J. A. (1991). Reversing language shift: Theoretical and empirical foundations of assistance to threatened languages, (Multilingual Matters, Jil. 76). Multilingual Matters.

10. Gabriel, H. (2024). Choice and use of Sangu language among Sangu speakers of Mbarali Mbeya region, Tanzania. East African Journal of Arts and Social Sciences, 7(1), 62–73.

11. Hayati Lateh, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Chong, S. (2023). Sikap dan persepsi penutur dialek Melayu Satun dalam pengekalan bahasa ibunda. International Journal of the Malay World and Civilisation 11(1), 77–88.

12. Hayati Lateh, Mohammad Fadzeli Jaafar, Mohammed Azlan Mis, & Norsimah Mat Awal. (2013). Pilihan bahasa di Sempadan Malaysia–Thailand berdasarkan analisis domain. Jurnal Linguistik, 17(2), 91–100.

13. Hayati Lateh, Nor Hashimah Jalaluddin, & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2020). Pengekalan dan peralihan dialek Melayu Satun: Korelasi antara penggunaan bahasa dengan faktor umur penutur. Jurnal Linguistik, 24(2), 47–58.

14. Holmes, J. (2001). An introduction to sociolinguistics. Pearson Education Limited.

15. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Kependudukan Sarawak (Siri 87). https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_D OSM.SARAWAK_1.2020_Siri-87.pdf

16. Majlis Keselamatan Negara. (2022, September). Tinta bicara hari Malaysia: Kenali Negeri Sarawak. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/09/12/tinta-bicara-hari-malaysia-kenali-negeri-sarawak/

17. McMillan, J. H., & Schumacher, S. (2001). Research in education: A conceptual introduction (ed. ke-5). Longman.

18. Mohammed Azlan Mis. (2011). Pilihan bahasa oleh suku kaum Melanau di negeri Sarawak. Jurnal Linguistik, 14(1), 1–22.

19. Mohd. Arifin Mohd. Arif, Norazlina Mohd Kiram, & Noor Aina Dani. (2020). Aplikasi teori analisis domain dalam domain bahasa etnik Melayu Brunei di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 59–75.

20. Muliana, I. N., & Subur, M. (2022, Jun). Language choice of non-Balinese ethnic migrants at Desa Buduk, Badung. Proceedings of the 1st Warmadewa International Conference on Science, Technology and Humanity (WICSTH 2021) (7-8 September 2021), Denpasar, Bali, Indonesia. EAI- https://doi.org/10.4108/eai.7-9-2021.2317733

21. Norfazila Ab. Hamid, & Rahim Aman. (2016). Varian Melanau Sarawak: Tinjauan di Melanau Mukah. Jurnal Melayu, 15(1), 99–112.

22. Nurul Jannah Hussin, & Mohamad Suhaizi Suhaimi. (2023). Pemilihan dan penguasaan bahasa dalam kalangan anak pasangan kahwin campur orang asli Jakun. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(1), 47–56.

23. Ong, T. W. S., & Ting, S-H. (2023). Children deciding the family language in Chinese families in multiethnic Malaysia. Notion: Journal of Linguistics, Literature, and Culture, 5(1), 32–46.

24. Sa’adiah Ma’alip. (2019). Vitaliti bahasa masyarakat orang asli Che Wong [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

25. Saputra, R. I., Suryati, & Muzaiyanah. (2024). Analisis penggunaan bahasa daerah dalam berkomunikasi pada masyarakat Desa Gumai Kecamatan Gelumbang Kabupaten Muara Enim. Jurnal Bahasa Daerah Indonesia, 1(1), 1–11.

26. Siti Aisah Zailani, Riduan Makhtar, & Mohd Sharifudin Yusop. (2019). Pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai di Hulu Selangor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16(9), 115–132.

27. Wardani, D. I., Sukamto, & Simanjuntak, H. (2016). Pemilihan dan sikap bahasa warga Bubuhan Banjar di Pontianak. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa, 5(5), 1–17.

28. Zenab, A. S., & Anggana, R. D. (2024). Realitas budaya berbahasa masyarakat Sunda: Antara bahasa nasional dan bahasa daerah. Dalam Prosiding Penelitian dan PKM ISBI Bandung 2023.

29. Zhang, L., Tsung, L., & Qi, X. (2023). Home language use and shift in Australia: Trends in the new millennium. Frontiers in Psychology, 14, 1–14.

30. Zuraini Seruji. (2014). Perubahan sifat leksikon dialek Melayu Sarawak mengikut generasi penutur [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.
Telah diterbitkan
2025-06-26
Bagaimana untuk memetik sitasi
Lam, K., Kahar, N., Wahab, H., & Ting, H. (2025). Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah. Jurnal Bahasa, 25(1), 179-204. Dicapai daripada http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/9153/4661