Lakuan Bahasa dalam Perkhidmatan Pelancongan di Danau Toba
Abstrak
Kerajaan Indonesia menetapkan Tasik Toba sebagai satu daripada destinasi pelancongan kebangsaan dengan status super prioriti, iaitu kawasan yang mendapat perhatian khusus dalam program pembangunan pelancongan. Seiring dengan kedudukan ini, peningkatan mutu perkhidmatan pelancongan menjadi sangat penting, termasuk dalam penggunaan lakuan bahasa oleh penyedia perkhidmatan. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan bahasa dalam laras bahasa perkhidmatan pelancongan di kawasan Tasik Toba dengan menggunakan teori lakuan bahasa yang dikemukakan oleh Searle (1969). Data kajian diperoleh daripada interaksi komunikasi di tiga sektor perkhidmatan pelancongan, iaitu penginapan, penjualan cenderamata dan restoran. Dalam kajian ini, pengkaji menemukan tiga kategori lakuan bahasa (lakuan direktif, lakuan asertif dan lakuan ekspresif) dengan empat fungsi lakuan bahasa dalam sektor penginapan, empat kategori lakuan bahasa (lakuan direktif, lakuan asertif, lakuan ekspresif dan lakuan komisif) dengan enam fungsi lakuan bahasa dalam sektor kedai cenderamata dan empat kategori lakuan bahasa (lakuan direktif, lakuan asertif, lakuan ekspresif dan lakuan komisif) dengan lapan fungsi lakuan bahasa dalam sektor kedai restoran. Semua fungsi ini penting untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pelancong di Tasik Toba.
Kata kunci: Lakuan bahasa, laras bahasa, pragmatik, perkhidmatan pelancongan, Tasik Toba, komunikasi pelancongan

Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.





