Unsur Alam dalam Bahasa Kiasan Masyarakat Kenyah Uma Badeng Sungai Koyan: Satu Kajian Semantik Inkuisitif

  • Maryon Lawe' Nyagang Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
  • Mary Fatimah Subet Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia http://orcid.org/0000-0002-4619-9284

Abstrak

Semantik inkuisitif merupakan pendekatan dalam ilmu semantik dan pragmatik yang digunakan untuk menganalisis dan menghuraikan makna sebenar sesuatu ujaran, seterusnya dapat menghuraikan akal budi dan pandangan dunia penutur. Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap bukan sahaja makna harfiah sesuatu ungkapan, tetapi juga makna tersirat yang berakar daripada pengalaman budaya, kepercayaan dan cara hidup penuturnya. Terdapat banyak kajian semantik inkuisitif yang menumpukan perhatian terhadap bahasa kiasan dalam masyarakat Melayu, seperti peribahasa dan simpulan bahasa. Namun begitu, kajian terhadap bahasa kiasan masyarakat peribumi, khususnya masyarakat Kenyah Uma Badeng, masih sangat terhad dan kurang diberikan perhatian. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis makna tersirat dalam peribahasa yang mengandungi unsur alam dalam kalangan masyarakat Kenyah Uma Badeng dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan lima data diperoleh menerusi temu bual bersama-sama penutur jati dan penganalisisan terhadap peribahasa yang masih digunakan dalam kehidupan seharian. Dapatan awal menunjukkan bahawa setiap peribahasa mengandungi nilai moral, seperti menghargai asal usul, bekerjasama, kesantunan sosial dan kawalan emosi. Analisis tahap inkuisitif membuktikan bahawa makna sebenar peribahasa hanya dapat difahami melalui gabungan makna literal, konteks budaya dan kognisi penutur. Kajian ini memberikan sumbangan penting terhadap pendokumentasian warisan lisan Kenyah yang makin terhakis dan membantu generasi muda untuk memahami akal budi dan falsafah hidup nenek moyangnya. Secara keseluruhan, kajian ini menyerlahkan keunikan bahasa kiasan Kenyah sebagai refleksi identiti dan nilai budaya masyarakat Uma Badeng.


Kata kunci: Semantik inkuisitif, bahasa kiasan, unsur alam, masyarakat Kenyah, peribahasa, akal budi


Teks penuh: PDF

Rujukan

1. Armstrong. R. (1991). People of the same heart: The social world of the Kenyah Badeng [Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan]. University of Sydney.

2. Asmah Haji Omar. (2005). Budaya dan bahasa kiasan. Jurnal Peradaban Melayu, 3, 1–13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3371

3. Azmy Hj. Mohamed (2015). Landskap buluh. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Balveen Kaur, & Fatimah Subet. (2019). Ironi dalam bahasa kiasan Punjabi: Analisis semantik inkuisitif. Trends in Undergraduate Research, 2(1), f1–7. https://doi.org/10.33736/tur.1593.2019

5. Borror, D. J. Triplehorn, C. A., & Johnson, N. F. (1996). Pengenalan pelajaran serangga edisi keenam. Dlm. Brotowidjoyo Mukayat Djarubito (Pnyt.) & Partosoedjono S, (Penterjemah), Terjemahan daripada: An introduction to the study of insects. Gadjah Mada University Press.

6. Cerdika. (2023). Maksud peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa dan contohnya. https://cerdika.com/my/peribahasa/maksud-peribahasa-ikut-hati-mati-ikut-rasa-binasa-ikut-

7. Hawa Mahfuzah Rusidin, & Zulkifley Hamid. (2015). Akal budi Melayu dalam mantera: Analisis semantik kognitif. Jurnal Melayu, 14(2), 260–273. https://journalarticle.ukm.my/9459/1/11448-31075-1-SM.pdf

8. Hermandra, H. (2022). Motif itik pulang petang pada rumah adat tradisional Minangkabau (Rumah Gadang): Analisis semantik inkuisitif. Aksara, 34(2), 272–281. https://doi.org/10.29255/aksara.v34i2.827.272--281

9. Heywood, V. H. (1993). Flowering plants of the world. Oxford University Press.

10. Hua, A. K. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu kajian literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(2), 17–24.

11. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. Kinanti, K. P., & Rachman, A. K. (2019). Padi bagi masyarakat Indonesia: Kajian semantik inkuisitif pada peribahasa Indonesia. Basastra, 8(1), 29–43. https://doi.org/10.24114/bss.v8i1.12937

14. Kiting, R., Sintian, M., & Fabian, F. B. (2022). Kesantunan berbahasa dalam puisi tradisional etnik Dusun. Jurnal Abdimas, 26(1), 71–77. https://doi.org/10.15294/abdimas.v26i1.35857

15. Liamputtong, P. (2014). Kaedah Penyelidikan Kualitatif (3rd ed). Universiti Putra Malaysia Press.

16. Liwan Anak Numpang (2012). Journey towards progress society (1962–2002). Lee Ming Press.

17. Lumenta, D. (2011). Moving in a hierarchized landscape: changing border regimes in Central Kalimantan. Wacana Journal of the Humanities of Indonesia, 13(1), 121–145. https://doi.org/10.17510/wjhi.v13i1.12

18. Manangkot, H. J., & Kawatu, M. H. M. (2023). aneka ternak dan satwa harapan (Cacing & Mollusca). CV. Patra Media Grafindo.

19. Maulana al-Fin Che Man, & Nor Hashimah Jalaluddin, (2018). Unsur burung dalam pantun: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1–15.

20. Mohd Ridzuan Md Nasir, & Fatimah Subet. (2019). Analisis semantik inkuisitif peribahasa bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(2), 227–253. https://doi.org/10.32890/mjli2019.16.2.9

21. Moulds, M. S. (1990). The cicadas of Malaysia: Taxonomy and distribution. Department of Museums and Antiquities.

22. Muhammad Zaid Daud. (2018). Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Sains Humanika, 10(2), 41–51.

23. Muhammad Zaid Daud. (2019). Unggas dalam peribahasa Melayu: Satu analisis semantik inkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(1), 19–28.

24. Maxwell, A. R. (1990). Balui reconnaissances: The Badang Kenyah of Long Gang. The Sarawak Museum Journal, XLI(62), 21–114.

25. Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

26. Parameswaran, G. (2016). Languages and the Tamil terms. Scribd Publisher

27. Press, F., & Siever, R. (2001). Understanding earth (ed. ke-3).W. H. Freeman.

28. Purseglove, J. W. (1987). Tropical crops: Dicotyledons (Jil. 2). Longman Scientific & Technical.

29. Tangaprabhu Murthy, & Fatimah Subet. (2018). Imej tebu dalam peribahasa Tamil: Analisis semantik inkuisitif. Trends in Undergraduate Research, 1(1), f24–29. https://doi.org/10.33736/tur.1176.2018

30. Tangaprabhu Murthy, & Fatimah Subet. (2020). Gajah (யானை) dalam peribahasa Tamil: Analisis semantik inkuisitif. Asian People Journal (APJ), 3(2), 134–146. https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.190

31. Tangaprabhu Murthy, Fatimah Subet, & Muhammad Zaid Daud. (2019). Peribahasa Tamil berimej lada hitam sebagai tradisi lisan: Analisis semantik inkuisitif. The International Journal of Creative Futures and Heritage (IJCFH), 7(2), 70–88. https://doi.org/10.31219/osf.io/4gaj6

32. Tarbuck, E. J., & Lutgens, F. K. (2017). Earth: An introduction to physical geology (ed. ke-12). Pearson.

33. Russel Dundang Jeffrey, & Fatimah Subet. (2018). Unsur alam dalam peribahasa Iban (Jaku’Sempama): Satu analisis semantik inkiusitif. Trends in Undergraduate Research, 1(1), f10–15. https://doi.org/10.33736/tur.1169.2018

34. Valerie Mashman. (2021). A shield for the rajah–a gift from the Kenyah Badeng of Borneo in Rome. Journal of Borneo-Kalimantan, 7(1), 1–19.
Telah diterbitkan
2025-11-28
Bagaimana untuk memetik sitasi
Nyagang, M., & Subet, M. (2025). Unsur Alam dalam Bahasa Kiasan Masyarakat Kenyah Uma Badeng Sungai Koyan: Satu Kajian Semantik Inkuisitif. Jurnal Bahasa, 25(2), 265-294. doi:10.37052/jb25(2)no3