Pelanjutan Tarikh Penghantaran Makalah untuk Jurnal Bahasa 2025
Pelanjutan Tarikh Penghantaran Makalah untuk Jurnal Bahasa
Penghantaran makalah untuk Jurnal Bahasa dilanjutkan hingga 15 Mac 2025 bagi keluaran Jun 2025. Hal ini bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penulis untuk menghantar makalah. Makalah yang dihantar perlulah tercakup dalam liputan satu daripada yang berikut:
- Fonologi
- Morfologi
- Semantik
- Sintaksis
- Pragmatik
- Analisis Wacana
- Etimologi
- Psikolinguistik
- Peristilahan
- Leksikografi
- Sosiolinguistik
Makalah jurnal perlu dihantar secara dalam talian di http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/about/submissions
Makalah jurnal yang dihantar akan melalui proses penilaian secara Penilaian Sulit Berganda, kemudian penulis akan diberi maklum balas mengenai status makalah melalui e-mel. Penulis perlu menepati garis panduan penyerahan makalah.
Tarikh akhir penghantaran dilanjutkan pada 15 Mac 2025 bagi Jurnal Bahasa Jun 2025.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi editor menerusi e-mel syukri@dbp.gov.my
(Sebarang penghantaran yang melepasi tarikh akhir akan dibawa untuk pertimbangan penerbitan seterusnya)