Struktur nahuan puisi Baha Zain

  • Arbak Othman Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini berusaha untuk menilai bagaimana sesebuah puisi boleh menjadi sedemikian berkesan apabila wacananya dicirikan oleh struktur nahuan yang sesuai. Dalam kajian ini, tumpuan akan diberikan kepada struktur linguistik dan semantik puisi Baha Zain yang akan dianalisis menurut sumbangan struktur nahuan dalam pembentukan makna, dan interpretasi yang sesuai serta relevan. Idea kajian ini adalah untuk melihat cara penyair membentuk struktur nahuan teks dalam puisinya. Dalam karya puitik, perbezaan dari segi konsep nahuan tidak semestinya mewakili perbezaan makna yang dirujuk tetapi menerima kesan daripada interpretasi semantik kata-kata yang digunakan dalam puisi. Analisis seterusnya adalah tentang peranan yang dimainkan oleh rumus semantik terhadap pembentukan proposisi ujaran dalam puisi. Kemungkinan lain yang timbul akan dilihat dari segi peranan yang dimainkan oleh "figura nahuan" dalam puisi Baha Zain, yang walaupun tidak arbitrari dalam bahasa pemerian, berfungsi sepenuhnya dalam struktur puisi pada inti metabahasa. Interpretasi memainkan peranan utama dalam pembentukan realiti terjemahan hasil seni karya. Semua ini akan ditunjukkan dalam kajian ini dengan beberapa konsep untuk mentafsir imej dan kandungan mesej puisi Baha Zain. Istilah semantik seperti metafora, metonimi, penculikan interpretif dan hubungan antarleksikal dan sebagainya digunakan dalam kajian ini sebagai alat untuk membuat generalisasi tentang makna-makna yang berbeza pada struktur dasar wacana puitik. Pada keseluruhannya, rumusan akan dibuat dari segi cara struktur nahuan menjadi petanda dalam pembentukan persepsi yang baik dan jelas terhadap makna yang diinginkan penyair mahupun falsafahnya yang tertanggap sedemikian bijaksana dalam mesej puisi. Dalam kajian ini, penulis menggunakan konsep struktur dan kategori nahuan sebagaimana yang digunakan dalam Teori Nahu Minimalis.

Rujukan

1. Ahinad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof (ed.), 1990. Puisi Baru Melayu 1961 - 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Arbak Othman, 2003 . Semiotik Dalam Penelitian Puisi. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise.

3. Bouillon, P. dan Busa, F., 2001. The language of Word Meaning. Cambridge: Cambridge University Press.

4. Chierchia, G., dan McConnell-Ginet, S., 1993. Meaning and Grammar: Introduction to Semantics. Cambridge: MIT Press.

5. Culler, Jonathan, 1981. The Pursuit of Signs. Ithaca: Cornell University Press.

6. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. Esei dan Puisi Bahasa Zain: Tentang Penulis dan Persekitarannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Hamish, Robert, M., 1994. Basic Topics in the Philosophy of Language. Prentice-Hall: Englewood Cliff.

8. Jakobson, Roman, 1987. "Poetry of Grammar And Grammar of Poetry" dlm. Selected Writings of Roman Jakobson. Netherlands: Mouton.

9. Lobner, Sebastian, 2002. Understanding Semantics. London: Arnold.

10. Mohanan, K. P., 1986. The Theory of Lexical Phonology. Boston: D. Reidel Publishing Co.

11. New, Christopher, 1999. Philosophy of literature. London: Routhledge.

12. Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary, 2003. Diterjemah oleh Asmah Haji Omar. Shah Alam: Fajar Bakti.

13. Pustejovsky, 1995. Generative Lexicon. Cambridge:MIT Press.

14. Rahman Shaari dan Si ti Zainon Ismail, (ed.), 1999. Langit di Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15. Sapir, Edward, 1949. language: An Introduction to the Study of Speech. New York: Harcourt, Brace & World.

16. Soanes, Catherine, 2001. Oxford Dictionary of Current English. Oxford: Oxford University Press.
Telah diterbitkan
2004-12-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Othman, A. (2004). Struktur nahuan puisi Baha Zain. Jurnal Bahasa, 4(4), 724-752. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8625