Sebutan Vokal Tinggi Suku Kata Akhir Tertutup Guru: Analisis Teori Fonologi Generatif dan Sosiofonologi serta Kesannya Terhadap Kesalahan Ejaan Murid

  • NUR FARAHKHANNA BINTI MOHD RUSLI Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia. http://orcid.org/0000-0002-4867-7569
  • Abdul Rasid Jamian Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia. http://orcid.org/0000-0001-7324-2658
  • Norfaizah Abdul Jobar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia. http://orcid.org/0000-0002-5888-5492
  • Nur Faaizah Md Adam Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan sebutan vokal tinggi /i/ dan /u/ yang berada pada posisi suku kata akhir tertutup guru berdasarkan analisis teori fonologi generatif dan sosiofonologi, serta kesannya terhadap kesalahan ejaan murid. Tiga guru bahasa Melayu Tahun 1 dan 114 murid Tahun 1 di sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai responden. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik, borang maklum balas dan alat perakam dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian. Kemudian, data dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan (i) teori fonologi generatif dan (ii) faktor sosiofonologi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat murid yang menggantikan kata yang terdapat vokal tinggi /i/ dan /u/ pada suku kata akhir tertutup sebagai "e" dan "o" dalam penulisan mereka akibat ujaran guru yang membunyikan vokal /i/ dan /u/ pada posisi tersebut sebagai [e] dan [o], masing-masing. Misalnya, kata "arif" diujarkan sebagai [a.ref] dan "kamarul" diujarkan sebagai [ka.mã.rol]. Dengan berdasarkan teori fonologi generatif, perubahan ini berlaku disebabkan oleh proses perendahan vokal, iaitu perubahan fitur vokal [+tinggi] kepada fitur vokal [−tinggi] dan [+ATR]. Dari segi sosiofonologi, bahasa seharian yang sering digunakan, masalah gangguan bahasa, dan penggunaan dialek setempat telah mempengaruhi pelaksanaan proses perendahan vokal. Umumnya, kajian ini berusaha mengetengahkan perbezaan penggunaan vokal /i/ dan /u/ dan vokal [e] dan [o] kepada murid Tahun 1 untuk mengelakkan kekeliruan dan kesalahan ejaan kata bahasa Melayu secara berterusan.


Kata kunci: Vokal tinggi, perendahan vokal, suku kata akhir tertutup, ujaran lisan guru Bahasa Melayu, sosiofonologi, fonologi generatif

Rujukan

1. Abdul Halim Ali. (2019). Pengetahuan asas penyelidikan dalam kesusasteraan Melayu. MZ Edu Publications.
2. Ahmad Omar. (2006). Sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan penutur satu kajian kes [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Asmah Haji Omar. (1995). Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Awang Sariyan (1989). Pembakuan bahasa Melayu: Falsafah, sejarah dan aspek aspeknya. Dewan Bahasa, 33.
5. Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar bahasa Malaysia Jilid 1: Perkaedahan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Chomsky, N., & Halle, M. (1968). The sound pattern of English.
7. Farid M. Onn & Ajid Che Kob (1981). Pengaruh bahasa daerah dalam proses pembelajaran bahasa Malaysia di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Monograf, 5. Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
8. Holey, J. (1997). Sociophonology. Dlm. F. Coulmas (Ed.), The handbook of sociolinguistics (93–106). Blackwell.
9. Husna Faredza Mohamed Redzwan, Anida Sarudin & Khairul Azam Bahari. (2018). Upaya berbahasa Melayu tinggi dan berbudaya (BMTB) dari sudut morfo-fonetik dan sosiolinguistik dalam kalangan guru pelatih. Journal of Humanities, Language, Culture and Business, 2(8),153-161.
10. Hyman, L. M. (1975). Phonology: Theory and analysis. University of Southern California.
11. Idris Aman & Shahidi Abd. Hamid (2001). Variasi sosial sebutan bahasa Melayu: Kajian sosiofonologi di sekolah. Jurnal Bahasa, 1(4), 466-482.
12. Indhumathy Munusamy. (2013). Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar peralihan di tiga buah sekolah di daerah Skudai [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
13. Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi bahasa Melayu: Siri pendidikan guru. Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
14. Khasanah & Muhammad Nanang Qosim. (2017). Wacana Sosiofonologis pelafalan huruf /ع/ dalam huruf hijaiyah pada masyarakat Jawa. Dlm. The 6th University Research Colloquium 2017 (323–332). Universitas Muhammadiyah Magelang. Indonesia.
15. Labov, W. (1972). Sociolinguistics patterns. University of Pennsylvania Press.
16. Mashetoh Abd. Mutalib. (2014) Budaya berbahasa lisan dalam kata penegas daripada perspektif sosial. Jurnal Linguistik, 18(2), 47-55.
17. Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jobar & Nur Faaizah Md Adam. (2022a). Kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru: Analisis fonologi generatif. Issues in Language Studies, 11(2), 37-60.
18. Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jobar & Nur Faaizah Md Adam. (2022b). Hubung kait antara kesalahan ejaan murid dengan ragam bahasa dalam ujaran guru. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 4(1), 58-74.
19. Nur Fathiha Asyikin Baharin, Rohani Mohd Yusof & Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2021). Perubahan fonologi dalam bahasa Duano dan bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 32(2), 112-133.
20. Rahizian Mohd Shukor, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Kesavan Nallaluthan. (2021). Eufemisme dan disfemisme dalam komunikasi pelajar berdasarkan prinsip kesantunan Leech. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 1-10.
21. Rendy Aditya. (2017). Kesalahan berbahasa dalam karangan deskripsi berbahasa Mandarin mahasiswa prodi pendidikan bahasa Mandarin. Jurnal Ilmiah Bahasa Sastra dan Pembelajarannya (Paramasastra), 4(1), 128-145.
22. Roca, I., & Johnson, W. (1999). A course in phonology. Blackwell Publisher Inc.
23. Roca, I. (2003). Generative phonology: Linguistic theory guides. Routledge.
24. Shahidi Abd. Hamid & Rahim Aman (2010). Pengaruh dialek dalam pertuturan bahasa Melayu standard: Pencerakinan bunyi berasaskan spektrogram. Jurnal Bahasa, 10(2), 287-297.
25. Sumarsono. (2010). Sosiolinguistik. Pustaka Pelajar.
26. Trudgill, P. (1974). The social differentiation of English in Norwich. Cambridge University Press.
Telah diterbitkan
2024-06-20
Bagaimana untuk memetik sitasi
RUSLI, N., Jamian, A., Abdul Jobar, N., & Md Adam, N. (2024). Sebutan Vokal Tinggi Suku Kata Akhir Tertutup Guru: Analisis Teori Fonologi Generatif dan Sosiofonologi serta Kesannya Terhadap Kesalahan Ejaan Murid. Jurnal Bahasa, 24(1), 123-140. doi:10.37052/jb24(1)no5