Hubungan Profesiensi Bahasa Melayu dengan Pencapaian Akademik Murid Bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan
(The Relationship between Malay Language Proficiency and Academic Achievement among Non-native Students at National-Type School)
Abstrak
Kelunturan penguasaan kemahiran berbahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik kebelakangan ini. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti hubungan penguasaan keempat-empat kemahiran dalam bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi akademik murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Seramai 414 orang sampel kajian dari lima buah sekolah SJK telah dipilih. dua instrumen yang diguna pakai untuk mendapatkan data, iaitu ujian Profesiensi uPbM_SR dan tahap Skor uPbM_SR. data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. hasil dapatan menunjukkan skor bagi keempat-empat ujian profesiensi yang telah dijalankan adalah pada peringkat sederhana. malah dapatan bagi kemahiran menulis adalah pada peringkat yang lemah. Keputusan bagi keseluruhan tahap profesiensi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara majoriti murid mendapat tahap 5 (hampir profesien), iaitu sebanyak 29% (120 orang). tiada murid yang mendapat tahap 1 dan tahap 8. hal ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan yang besar antara profesiensi bahasa Melayu dengan pencapaian akademik. hanya murid yang cekap mendengar, fasih bertutur, lancar membaca dan mahir menulis terutama dalam bahasa kedua yang dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. usaha yang padu daripada semua pihak diperlukan untuk melahirkan generasi yang kompeten dalam bahasa Melayu.
Kata kunci: bahasa kedua, kecekapan, lisan, murid bukan penutur natif, profesiensi
Rujukan
Anderson, l.W. & Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing. New York: Longman Publishing.
Awang Sariyan. (2011). Pendidikan Bahasa Melayu dalam Pembentukan Jati Diri Bangsa: Pengajaran Seni Bahasa Untuk Penghayatan bahasa kepada Pelajar Asing. Kertas kerja dibentangkan di Seminar bahasa Melayu 2011. anjuran Persatuan Pendidikan bahasa Melayu Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur pada 14-16 Mac 2011.
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu -JPBM (Malay Language Education JournalMyLEL).
Cohen, J.W & Cohen, P. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd Edition). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaun Associates.
Creswell, J.W. (2008). Research Design: Quantitative, And Mixed Methods Approaches. Sage Publications, University of Nebraska, London.
Ellis, Rod. (2008). The Study of Second Language Acquisition. Oxford, UK: Oxford University Press.
Fadzilah abd Rahman dan norazlina Mohd Kiram. (2015). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan ujian Kecekapan bahasa Melayu. Mahawangsa,2(1),15-28.
Gleason, J.B. & Ratner, N.B. (eds.). (2013). Development of Language. 8th Edition. New York, NY: Routledge.
Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid. (2011). Pengaruh Demografi terhadap kemahiran membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Bahasa.
Juntos, H. (2002). Language Testing Option. California: Robert Wood Johnson Foundation.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013-2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPP) (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Krashen Stephen D. (1981). Principles and Practice in Second Language Acquisition. English Language Teaching Series. London: Printice-Hall International (UK) Ltd.
Krashen Stephen D. (1985). Second Language Acquisition and Second Language Learning. Oxford: Pergamon Press.
Krashen Stephen D. (2007). Extensive Reading in english as Foreign language by Adolescents and Young Adults: A Meta-Analysis. International Journal of Foreign Language Teaching,3(2), 23-29.
Krashen Stephen D. (2013). Second Language Acquisition. Theory, Aplications, and Some Conjectures. New York: Cambridge University Press.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30-608.
Khadijah Rohani Mohd. yunus (2001). Kebolehbacaan dalam Buku Teks. Bahan Kursus Penulisan Buku Teks Sekolah Menengah, Bahagian Buku Teks. KPM dan Majlis buku Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi ke-9). Kuala Lumpur: DBP
Muhammad Saiful Haq Hussin, Nik Hafizah Abd Rahman dan Agus Syahrani. (2012). Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tamil: Kaedah Gabung bunyi Kata. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Satera, 12(1).
Noor Habsah Ali. (Mei, 2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis bahasa Melayu Sebagai bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
Noor Zila Md Yusuf. (2015). Bahasa Antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua (Tesis PhD tidak diterbitkan). UPM (FBMK:2015 bil 50).
Nora'azian Nahar. (2018). Tahap Profesiensi Bahasa Melayu dan hubungannya dengan Status Sosioekonomi, Motivasi belajar dan Pencapaian Akademik Murid bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tesis PhD tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia.
Nora'azian Nahar. (Mei 2018). Tahap Penguasaan Kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid bukan Penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ), 8(1),74-83, ISSN: 2180-4842.
Punitha Vathi Muniandy, Abdul Jalil Othman, Sharir Jamaluddin. (2017). Kesan Kemahiran Bertutur dalam Bahasa Malaysia Secara Kaedah Pembelajaran Informal dalam kalangan Penutur Asing Dewasa: Satu Pandangan Pembelajaran berterusan. JuKu Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Oktober 2017, bil. 5, isu 4.
Roshidah Hassan. (2017). Gaya dan Strategi Pembelajaran bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Perancis. GEMA Online Journal of Language Studies17(1), February 2017.
Sumaiyah Sulaiman, Nik Farhan Mustahpha, Pabiyah Toklubok @ Haji Maming, Wan Muhammad Wan Sulong. (Januari, 2018). Halangan Penguasaan Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 2(1), 1-14, eISSN: 2600-769X.
Wan Dyarudin Wan Mustappa. (Mei, 2017). Keberkesanan Teknik Membaca SQ3R dalam Pengajaran Kefahaman Membaca di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ), 7(1),1-10, .ISSN: 2180-4842.
Zhang, D., & Goh C.M (2006). Strategy Knowledge and Perceived Strategy Use: Singaporean Students "Awareness of listening and speaking Strategies". Language Awareness, 15(3), 199-219.
Zulkifley Hamid (2014). Faktor Persekitaran Sekolah dan Etnik dalam Perancangan dan Pelaksanaan Program Pendidikan BM di Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Jurnal of Society and Space 10(5), 99-109) C 2014, ISSN 2018-2491).
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.