Identifikasi Subjek dalam Struktur Ayat Bahasa Melayu

(The Identification of Subject in Malay Sentence Structure)

  • Badriyah Yusof Faculty of Arts and Social Sciences, University Brunei Darussalam

Abstrak

Subjek merupakan salah satu konsep teras dalam ilmu linguistik Melayu kerana kepentingan kedudukannya untuk menentukan makna dan fungsi sesebuah binaan ayat. Subjek bukan saja merupakan unsur wajib yang menentukan hala tuju penceritaan yang ingin disampaikan tetapi juga melengkapkan binaan sintagmatik yang didasari kerangka sistem sesebuah bahasa. Dalam pembelajaran bahasa Melayu, proses identifikasi subjek ini seringkali dianggap rumit oleh pelajar khususnya pada peringkat menengah dan pengajian tinggi. Selaras dengan perkembangan tatabahasa bahasa Melayu, pengkajian terhadap subjek telah melalui transformasi dan integrasi beberapa pendekatan asing yang menggunakan kerangka sistem tatabahasa yang berbeza. Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas pengenalpastian konsep subjek dalam kerangka sistem tatabahasa bahasa Melayu serta elemen-elemen yang menentukannya. Dengan menggunakan pengkaedahan kontrastif dari segi konseptualisasi dan subteori ilmu logik dan nahuan, beberapa varian ayat diketengahkan bagi memperlihatkan binaan yang meskipun mempunyai makna keseluruhan yang hampir sama, namun boleh ditanggapi secara sistematik dan berbeza. Daripada penelitian artikel ini didapati bahawa tidak seperti subjek nahuan, subjek logik bagi struktur ayat bahasa Melayu tidak semestinya terdiri daripada FN. Dapatan artikel ini juga memperlihatkan bahawa subjek nahuan bukan merupakan unsur wajib dalam bahasa Melayu. Dari segi kepentingan kajian, artikel ini diharapkan agar dapat membuka ruang untuk kajian lanjutan di samping sebagai pendekatan alternatif dalam pengajaran bahasa Melayu pada semua peringkat.

Rujukan

Abdullah Hassan. (1974). The morphology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1986). Penerbitan kata dalam Bahasa Malaysia. Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. PTS Professional.

Alisjahbana, S. T. (1983). Tata bahasa baru bahasa Indonesia. Dain Rakyat.

Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, E. K., & Anderson, A. (2006). Encyclopedia of language & linguistics. Elsevier.

Chomsky, N. (1957). Syntactic structures. Mouton.

Chomsky, N. (1964). Current issues in linguistic theory. Mouton.

Chomsky, N. (1965). Aspects of the theory of syntax. M.I.T. Press.

Halliday, M. A. (1985). Introduction to functional grammar. Edward Arnold.

Halliday, M. A., & Matthiessen, C. M. (2004). An introduction to functional grammar. Routledge.

Marsden, W. (1812). Grammar of the Malayan language with an introduction and Praxis. Cox and Baylis.

Mees, C. A. (1969). Tatabahasa dan tatakalimat. University of Malaya Press.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1993). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nomoto, H. (2017). Sintaksis nominalisasi bahasa Melayu. In R. A. Razak, & R. Y. (Eds.), Aspek teori sintaksis bahasa Melayu (pp. 71-117). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ouhalla, J. (1999 ). Introducing transformational grammar: From principles and parameters to minimalism. Arnold Publishers.

Pengiran Mohamed, P. D. (2004). Beberapa aspek sintaksis dalam dialek Melayu Brunei: Penerapan teori prinsip dan parameter. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pike, K. L., & Pike, E. G. (1977). Grammatical analysis. SIL International Publication in Linguistics (53).

Radford, A. (1997). Syntax: A Minimalist introduction. Cambridge University.

Radford, A., Atkinson, A., Britain, D., Clahsen, H., & Spencer, A. (2005). Linguistics: An introduction. Cambridge University Press. .

Salleh, R. M. (2006). Imbuhan dan penandaan tematik dalam bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 2.

Samsuri. (1985). Tata kalimat bahasa Indonesia. Sastra Hudaya.

Sasrasoegonda, K. (1986). Kitab jang menjatakan djalannya bahasa Melajoe (Cet. 2). Balai Pustaka.

Sato, H. (1999). Kursus permulaan fonetik dan fonologi. Universiti Brunei Darussalam.

Sato, H. (2006). Kajian semula unsur utama wajib dalam ayat bahasa Melayu. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt, R. (1913). The Malay grammar. Clarendon Press.

Zainal Abidin, A./Za‘ba. (2000). Pelita bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2021-12-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Yusof, B. (2021). Identifikasi Subjek dalam Struktur Ayat Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 21(2), 305-324. doi:10.37052/jb21(2)no6