Kesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey

  • Nor Azlina Mohd Kiram Universiti Putra Malaysia
  • Raja Masittah Raja Ariffin Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti peristiwa yang membabitkan ketidaksantunan seseorang itu dari segi perlakuan dan pertuturan yang boleh menjejaskan air muka seseorang dalam pelbagai konteks, dan menganalisis gaya pengurusan air muka orang Melayu berdasarkan peristiwa malu yang terdapat dalam novel Saga karya Abdul Talib Mohd. Hassan (2004). Sebanyak 21 peristiwa malu telah dianalisis dengan menerapkan Teori Pengurusan Air Muka oleh Stella TingToomey (1988). Teori ini mengemukakan empat jenis gaya pengurusan air muka, iaitu baik pulih air muka, jaga air muka, tuntutan air muka dan beri muka. Dapatan kajian menunjukkan kategori tuntutan air muka paling tinggi kekerapannya, iaitu sebanyak 16 peristiwa berbanding dengan kategori yang lain. Kajian juga mendapati bahawa orang Melayu boleh berlembut dalam banyak perkara tetapi tidak dalam hal-hal yang melibatkan harga diri, status dan maruah.


Kata kunci: kesantunan berbahasa, air muka orang Melayu, pengurusan air muka, Saga, teori Ting-Toomey

Biografi Penulis

Nor Azlina Mohd Kiram, Universiti Putra Malaysia

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Raja Masittah Raja Ariffin, Universiti Putra Malaysia

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Abdul Talib Mohd. Hassan, 2004. Saga. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 2006. Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Edisi Kemas Kini. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arbak Othman, 2006. "Budaya Berbahasa: Berbudayakah Kita?" dlm. Dewan Budaya 28:6: 10-16.

Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad, 2004. "Bahasa Melayu dan Minda Melayu: Satu Tinjauan Kritis". dlm. Jurnal Melayu Bil. 1: 388-92.

Maniyamin Ibrahim, 1998. "Memahami World View Orang Melayu melalui Bahasa Metafora" dlm. Dewan Bahasa 42:5: 388-92.

Nik Safiah Karim, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Konteks Masyarakat Malaysia Kini. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Noriati A. Rashid, 2007. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penelope Brown and Stephen C. Levinson, 1987. Politeness, Some Universals in Language Usage. New York: Cambridge University Press.

Sanat Md Nasir, 1998. "Konsep Penting dalam Pengajian Melayu" dlm. Sanat Md Nasir dan Rogayah A. Razak. Pengajian Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Ting-Toomey, S., 1988. "Intercultural Conflict Styles: A Face-Negotiotion Theory" dlm. Young Yun Kim and Gudykunst (ed.), Theories in Intercultural Communication. W.S. Beverly Hill, California: Sage.
Telah diterbitkan
2012-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohd Kiram, N., & Raja Ariffin, R. (2012). Kesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey. Jurnal Bahasa, 12(2), 284-300. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8186/3673