Motivasi Rumus Salin dalam Penjanaan Ayat Tanya Bahasa Melayu dalam Program Minimalis

(Copying Rules Motivation to Generate Wh-Questions in Standard Malay in Minimalist Program)

  • Norsofiah Abu Bakar Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Dalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-α yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009). Gerak-α telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh- dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepian; yakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh- dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya.


Kata kunci: Program Minimalis, rumus salin, fitur, ayat tanya wh-, ayat tanya ya-tidak

Biografi Penulis

Norsofiah Abu Bakar, Universiti Sains Malaysia

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Adger, D. (16 Julai 2002). A Minimalist Approach. Capaian pada 23 Mac 2011, http://www.scribed.com/doc/38973156/Core-Syntax-a-Minimalist-Approach.

Chomsky, N. (1965). Aspects of The Theory of Syntax. Massachusetts: The M.I.T Press.

Chomsky, N. (1995). The Minimalist Program. Cambridge: MIT Press.

Cook, V.J dan Mark N. (2007). Chomsky's Universal Grammar: An Introduction. 3rd. Edition. Oxford: Blackwell.

Corver, N. & Jairo, N. (2007). From Trace Theory to Copy Theory. Norbert Corver & Jairo Nunes (Eds.), The Copy Theory of Movement. Amsterdam: John Benjamins Publishing. Capaian pada 29 November 2010, http://books-google.com.my/book.

Haegeman, L. (1999). Elements of Grammar. Liliane Haegeman (Ed.), Elements Of Grammar: Handbook in Generative Syntax, (1-71). Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Lasnik, H. (1999). Minimalist Analysis. Oxford: Blackwell.

Marantz, C. (1995). The Minimalist Program. Gert Webelhuth (Ed.), Government and Binding Theory and the Minimalist Program, (349-382). Cambridge: Blackwell.

Martin, R. & Juan, U. (2000). Some Possible Foundations of The Minimalist Program. Roger Martin, David Micheals & Juan Uriagereka, (Eds.), Step by Step Essays on Minimalist Syntax in Honor of Howard Lasnik, (1- 29), Cambridge: MIT Press.

Mashudi Kader. (1981). The Syntax of Malay Interrogative. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ouhalla, J. (1999). Introducing Transformational Grammar From Principles and Parameters to Minimalism. 2nd Edition. London: Arnold.

Radford, A. (2009). Analysing English Sentences: A Minimalist Approach. Cambridge:Cambridge University Press.

Rogayah A. Razak. (2003). The Syntax and Semantics of Quantification in Malay. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Smith, N. (Ed.) (2004). Chomsky: Ideas and Ideals. 2nd. Edition. Cambridge: Cambridge University Press.

Youngjun Jan. (2000). The Minimalist Program: An Introduction. Capaian 30 Jun 2010, http://pc171115. pc.waseda.ac.jp/ccdl/cl_korea/0424_handout.pdf.elayu dan variasinya.
Telah diterbitkan
2020-06-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Abu Bakar, N. (2020). Motivasi Rumus Salin dalam Penjanaan Ayat Tanya Bahasa Melayu dalam Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 20(1), 109-130. doi:10.37052/jb.20(1)no5